Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad Rasulullah

Kamis, 02 Juni 2011

TAUBAT

Taubat Nabi-nabi dalam Al-Quran

Al-Quran telah menyebutkan kepada kita taubat Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh atas perbuatan salah mereka. Mereka akan menyesal, bertaubat dan beristighfar dari kesalahan itu. Dengan berharap agar Allah SWT mengampuni dan meneriman taubat mereka.Pemimpin orang-orang yang taubat adalah nenek moyang manusia, Adam as Yang telah Allah SWT jadikan dia dengan tangan-Nya dan meniupkan ke dalam dirinya secercah dari ruh-Nya, memerintahkan malaikat untuk sujud kepadanya, mengajarkan kepadanya seluruh nama-nama, serta memaparkan keutamaannya atas malaikat dengan ilmu pengetahuannya. Namun Adam yang selamat dalam ujian ilmu pengetahuan, tidak selamat dalam “term pertama” ujian iradah (mengekang hawa nafsu). Allah SWT mengujinya dengan beban pertama yang ditanggungkan kepadanya. Iaitu melarang untuk memakan suatu pohon. Hanya satu pokok yang dilarang untuk dimakannya, sementara memberikan kebebasan baginya untuk memakan seluruh pohon Syurga sesuka hatinya, bersama isterinya.

Di sini tampak ia tidak dapat menahan keinginan peribadinya, serta melupakan larangan Rabbnya dengan dipengaruhi bujuk rayu syaitan dan tipu dayanya, sehingga dia pun memakannya dan dia pun terjatuh dalam kemaksiatan. Namun segera dia mencuci dan membersihkan dirinya dari bekas-bekas dosa itu, dengan taubat dan istighfar.”Dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk.” (QS. Thaaha: 121-122)

Al-Quran menceritakan kepada kita tentang taubat Nabi Musa yang dipilih Allah untuk membawa risalah-Nya dan menerima kalam-Nya. Serta Allah SWT menurunkan taurat kepadanya, menjadikannya sebagai salah satu ulul ‘azmi dari sekian Rasul, serta membekalkannya dengan sembilan ayat-ayat penjelas. Namun ia telah melakukan dosa sebelum mendapatkan risalah. Iaitu kerana menuruti permintaan seseorang dari kaumnya yang sedang bertengkar dengan kaum Fir’aun untuk membantunya, maka kemudian Musa memukulnya dan orang itupun tewas seketika.”Nabi Musa berkata: Ini adalah perbuatan syaitan sesungguhnya syaitan adalah musuh yang menyesatkan, lagi nyata (permusuhannya). Musa berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, kerana itu ampunilah aku. Maka Allah mengampuninya, sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. “(QS. al-Qasas: 15-16)

Beliau juga telah melakukan kesalahan setelah menerima risalah, ketika beliau berkata:”Nabi Musa berkata: Ya Tuhanku, tampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku melihat kepada Engkau. Tuhan berfirman: Kamu tidak sekali-kali tidak sanggup melihatKu, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sedia kala) nescaya engkau akan dapat melihatKu. Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur lebur, dan Musapun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman. ” (QS. al-A’raaf: 143)

Di sini, Allah SWT berfirman:”Wahai Musa, sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) kamu dari manusia yang lain (di masamu) untuk membawa risalahku dan untuk berbicara langsung denganKu. Sebab itu berpegan teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.” (QS. al-A’raaf: 144)

Ketika Musa kembali kepada kaumnya setelah beliau melakukan munajat kepada Tuhannya selama empat puluh malam, dan mendapati kaumnya telah menyembah anak lembu yang dibuat oleh Samiri, dan menjadikan anak lembu itu sebagai tuhan yang disembah, maka amarah beliaupun akan meletup. Dan bersabda: “alangkah buruknya perlakuan kamu sepeninggalku”. Kemudian beliau melemparkan lembaran-lembaran yang terdapat di dalamnya Taurat kalam Allah. Beliau melemparkan lembaran itu ke tanah, padahal di dalamnya terdapat firman-firman Allah. Kemudian menarik kepala saudaranya, Harun, kepadanya, padahal ia juga adalah Rasul sepertinya jua. Dan saudaranya itu berkata kepadanya: “Wahai saudara seibuku, mengapa engkau tarik janggut dan kepalaku, kerana kaum kita itu menganggap aku lemah, dan mereka hampir membunuhku, maka janganlah engkau jadikan musuh-musuh gembira melihatku, dan janganlah jadikan aku dari kumpulan orang yang zalim .Di sini Musa menyedari kemarahannya itu, walaupun marahnya itu kerana Allah SWT.”Musa berdoa: Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan sauadaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” (QS. al-A’raaf: 151)

Al -Quran juga menceritakan tentang taubat Nabi Yunus as Ketika beliau berdakwah kepada kaumnya untuk menyembah Allah SWT namun mereka tidak menuruti dakwahnya itu. Maka Nabi Yunus tidak merasa sabar menghadapi itu, dan marah terhadap kaumnya, kemudian beliaupun pergi meninggalkan mereka. Kemudian Allah SWT ingin menguji beliau dengan cubaan yang boleh membersihkannya, dan menampakkan sifat aslinya yang bagus. Serta sejauh mana keyakinanya terhadap Rabbnya dan kejujurannya dengan Rabbnya. Beliau kemudian menaiki sebuah kapal laut, di tengah laut kapal itu dihantam angin besar, dan dipermainkan oleh ombak, dan mereka merasa bahawa mereka sedang berada dalam bahaya yang besar. Para anak buah kapal berkata; kita harus mengurangkan beban kapal sehingga kapal ini tidak tenggelam. Dan akhirnya mereka harus memilih untuk menceburkan sebahagian orang yang berada di atas kapal itu agar para penumpang yang lain selamat dari ancaman tenggelam itu. Hal itu dilakukan dengan sistem undian. Kemudian undian itu jatuh kepada Yunus, dan beliaupun harus mengikuti nasibnya itu. Maka beliaupun dilemparkan ke laut, dan kemudian ditelan oleh seekor ikan paus, sambil mendapatkan kecaman kerana ia marah terhadap kaumnya serta meninggalkan mereka, kerana putus harapan atas mereka. Tanpa berupaya untuk terus mengulangi usahanya itu. Di dalam perut ikan paus itu, keyakinan Yunus kembali menguat, dan beliau berdoa dalam kegelapan yang menyelimutinya itu: kegelapan laut, kegelapan malam, dan kegelapan perut ikan paus, dengan kalimat-kalimat yang dirakam oleh al-Quran ketika bercerita dengan ringkas tentang Yunus ini:”Dan (ingatlah) kisah Dzun Nun (Yunus) ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya atau menyulitkannya, maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: Bahawa tidak ada tuhan (yang berhak di sembah) selain Engkau . Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim. Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman. ” (QS. al-Anbiyaa: 87-88)

Tiga kalimat pendek yang dipergunakan oleh Yunus as, namun ketiganya mempunyai pengertian yang besar:Pertama: menunjukkan atas tauhid – tauhid uluhiyah -, yang dengnnya Allah SWT mengutus para Rasul, menurunkan kitab-kitab, dan dengannya pula berdiri syurga dan neraka: “La Ilaha Illa Anta” “tidak ada tuhan (yang berhak di sembah) selain Engkau “.Kedua: menunjukkan pembersihan Allah SWT dari seluruh kekurangan. Ini adalah makna tasbih yang dilakukan langit dan bumi dan seluruh makhluk. Kerana segala sesuatu bertasbih dengan memuji-Nya. “Subhaanaka” “Maha Suci Engkau”.Ketiga: Menunjukkan pengakuan atas dosa yang dilakukan. Tidak menjalankan hak Rabbnya dengan sempurna serta menzalimi diri sendiri kerana sikapnya itu. “Inni kuntu Minazh zhaalimiin” “sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” ini adalah tanda sebuah taubat.Tidak hairan jika kata-kata yang pendek namun jujur dan ikhlas itu akan mendapatkan jawapannya di dunia ini, sebelum di akhirat:”Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (QS. al Anbiya: 88)Dan kata-kata yang mengandungi tiga hal ini: peng-esaan, pembersihan dan pengiktirafan, menjadi contoh bagi pujian dan do’a ketika terjadi kesulitan. Hingga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan ia mensahihkannya diriwayatkan:”Do’a saudaraku Dzun Nun (Nabi Yunus) yang jika dibaca oleh orang yang sedang tertimpa bencana nisaya Allah SWT akan menghilangkan bencana dan kesulitannya itu:” Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang melakukan kezaliman ” .

Al-Quran juga menuturkan kepada kita tentang cerita taubat nabi Daud as seperti diceritakan dalam surah Saad. Iaitu ketika dua orang yang sedang berselisih datang kepada beliau, dan memasuki mihrab beliau, sehingga beliau terkejut melihat kedua-dua orang itu.

Keduanya kemudian berkata:”Janganlah kamu merasa takut (kami) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami berbuat zalim kepada yang lain, maka berilah keputusan antara kami dengan adil dan janganlah kamu menyimpang dari kebenaran dan tunjukkilah kami ke jalan yang lurus. Sesungguhnya saudaraku ini, mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja. Maka dia berkata: Serahkanlah yang seekor itu kepadaku, dan ia mengalahkan aku dalam perdebatan. Daud berkata: Sesungguhnya dia telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambah kepada kambingnya. Dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang berserikat itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh; dan amat sedikit mereka ini. Dan Daud mengetahui bahwa Kami mengujinya, maka ia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat. Maka Kami ampuni baginya kesalahannya itu. Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan dekat pada sisi Kami dan tempat kembali yang baik. ” (QS. Saad: 22-25)

Kita lihat, apa kesalahan Nabi Daud dalam kisah ini, yang dia sangka sebagai fitnah, dan cubaan bagi beliau, kemudian beliau beristighfar kepada Rabbnya, serta tunduk sujud dan memohon keampunan.Yang tampak dalam kisah itu adalah: Nabi Daud as bertindak dengan tergesa-gesa serta tidak meneliti dahulu secara mendalam, sehingga beliau terpengaruh oleh dorongan emosi ketika mendengar perkataan salah seorang yang sedang berselisih itu. Dan secara tergesa-gesa memutuskan hukum dengan merugikan pihak lain, tanpa terlebih dahulu mendengar alasan-alasannya, dan memberikan kesempatan kepadanya untuk membela dirinya sendiri. Seorang hakim yang adil hendaknya tidak terpedaya oleh ucapan satu pihak yang sedang berselisih atau penampilannya. Hingga ia telah meneliti dan menyelidikinya dengan teliti, dan mendengar dari seluruh pihak yang berselisih dan adanya dalil yang menyokong ucapan masing-masing. Oleh kerana itu ada yang mengatakan: Jika salah seorang yang sedang berselisih datang kepadamu dan sambil memperlihatkan satu matanya yang luka, maka tunggullah hingga engkau juga melihat lawan perkaranya, kerana barangkali justru lawannya itu kedua matanya luka!Oleh kerana itu, datang perintah Tuhan agar Daud tidak cepat terpengaruh oleh emosinya dalam menetapkan suatu undang-undang.

Dalam firman Allah SWT:”Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia denga adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.” (QS. Saad: 26)

Adakah kedua-dua orang yang sedang berselisih itu adalah memang manusia, atau dua malaikat yang menyamar sebagai manusia, datang untuk menguji Nabi Daud, kemudian keduanya lenyap tanpa bekas?Apapun kemungkinannya, namun pengertian dan tujuannya adalah sama. Namun itu tidak boleh dijadikan sebagai suatu bentuk metafor, dan sebagai sindiran bagi Daud sendiri, kerana ia menginginkan isteri tetangganya sendiri, seperti digambarkan oleh kisah-kisah Israiliat yang memaparkan dengan buruk perjalanan para Rasul dan Nabi-nabi. Hingga dalam kisah Israiliat itu para Nabi telah jatuh dalam tindakan-tindakan yang orang biasa saja tidak mahu melakukannya, maka bagaimana mungkin berlaku bagi seseorang yang Allah SWT mudahkan gunung-gunung untuk bertasbih bersamanya pada petang dan pagi hari. Tentangnya Allah SWT berfirman:”Dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan)”.”Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan dekat pada sisi Kami dan tempat kembali yang baik”.

Ayat-ayat yang berkaitan dengan taubat banyak terdapat dalam al-Quran, dan dalam halaman selanjutnya ayat-ayat itu akan kami ungkapkan. Insya Allah.(sebelum, sesudah)Judul Asli: at Taubat Ila AllahPengarang: Dr. Yusuf al Qardhawi

Penterjemah: Abdul Hayyie al KattaniPenerbit: Maktabah Wahbah, KaherahCetakan: I/1998

SETULUS HATI SEIKHLAS JIWA

By: Hati Balqis

Tidak ada komentar: